Kerabat Digital Sdn Bhd

Hujung Bulan Je Jiwa Kacau? 10 Hack Cara Berjimat Cermat

cara berjimat cermat

Zaman sekarang ni kos untuk sara hidup semakin tahun bukannya semakin rendah, tapi semakin tinggi! Mana yang bekeluarga tu mesti terasa sangat-sangat.

Sebab itu penting untuk kita ada kemahiran untuk mengawal perbelanjaan harian dan belajar berbelanja dengan bijak untuk menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar.

Jom kami kongsikan tips cara berjimat cermat dengan mudah supaya lepasni tak mustahil lagi untuk korang mampu menyimpan ribuan ringgit dalam tempoh beberapa tahun.

10 cara berjimat cermat

#1. Masak sendiri dan bawak bekal

Lawan malas tu, kalau sebelum ni setiap hari korang beli makanan di luar baik makan malam atau makan tengahari di tempat kerja, kali ini cuba masak sendiri.

Start slow-slow mulakan 1 kali seminggu dulu kemudian tambahkan lagi kekerapannya.

Tak perlu pun masak beriya sangat, lebih-lebih lagi untuk makanan tengahari di tempat kerja. Cukup satu lauk dan sayur je untuk setiap hidangan. 

#2. Beli barang secara online

Ye betul zaman sekarang beli online lagi jimat dari pergi kedai! kalau barang dapur tu beli sekali banyak, lagi la jimat.

Korang boleh guna pelbagai faedah seperti baucar, kupon dan diskaun yang ditawarkan oleh sesetengah kedai atau platform pembelian online itu sendiri.

#3. Buat kopi sendiri

Ini pembaziran terbesar buat kaki kopi di luar sana, kalau yang jenis ekstrem tu pagi petang malam mesti nak kena pekena kopi dulu.

Satu kopi dah brapa? kalau sehari 2 kopi dah brapa ringgit betul tak? kalau sebulan? perghh memang makan modal

Belajar buat sendiri, invest sikit duit beli mesin yang murah2. Lepastu akan memudahkan dan menjimatkan duit pada masa akan datang.

#4. Bayar bil tepat waktu

Ini masalah orang kita suka bertangguh lagi-lagi bab nak bayar hutang 🤣

Jangan biasakan bayar bil lambat, untuk elakkan daripada kena caj atau denda lewat bayar. Dekat sini je kos dah jadi 2/3 kali ganda daripada bil yang asal.

#5. Batalkan langganan automatik

Zaman sekarang semua benda kena langgan, nak tengok movie, nak dengar lagu, nak main game, semua benda kena langgan.

Tapi untuk platform langganan yang menwajibkan korang untuk melakukan pembayaran secara automatik, korang boleh batalkan langganan kalau rasa tak perlu.

Sebab mungkin ada bulan yang korang perlu pakai duit lebih, dengan cara macam ni boleh membantu sedikit sebanyak.

#6. Bawak botol air sendiri

Duit jimat, badan pun sihat bila sentiasa minum air masak yang dibawa sendiri setiap hari ke tempat kerja. 

Tak perlu dah nak order air manis tiap kali pergi kedai waktu makan tengahari di tempat kerja. Walaupun amountnya sedikit tapi pada saat memerlukan iainya sangat membantu.

#7. Buat list barang siap-siap

Ya sebelum nak masuk shooping mall tu buat dulu list barang dapur siap-siap. Supaya korang tak beli barang yang tak diperlukan.

Dan kebaikan buat list sebelum membeli belah ni ialah korang ada masa untuk compare harga barang sesama jenama lain. Dan mana lah tahu kalau-kalau ada diskaun untuk item atau jenama tertentu.

#8. Kawal nafsu

Banyakkan bersabar… 🤣

Ya faham perasaan keinginan untuk membeli sesuatu tu memang kadang2 hadir secara tiba-tiba. Tapi cuba elakkan.

Elakkan tabiat membeli secara mengejut. Sebab besar kemungkinan barang itu tidak diperlukan atau belum diperlukan sangat lagi.

#9. Elakkan window shopping

Yang kaki berjalan mall tu memang kena hati-hati. Katanya nak berjalan suka-suka je amik angin. Tapi keluar mall boleh pulak tangan penuh dengan bag..

Ya jangan biasakan tabiat window shopping, jangan biasakan sangat TER beli tu. Sebab hujung bulan bajet korang berkemungkinan akan lari.

#10. Tutup atau cabut suis elektrik

Ini cara berjimat cermat yang ramai terlepas pandang, atau ramai juga yang masih belum tahu. Sebenarnya plug kat rumah kita tu, walaupun kita tak guna tapi selagi mana suisnya on elektrik tetap berjalan..

Jadi kalau nak keluar kemana-mana tu biasakan diri untuk double check setiap suis sebelum keluar, pastikan semua suis dah dimatikan atau dah dicabut plugnya. Nampak simple tapi sangat membantu untuk korang jimatkan penggunalan elektrik di rumah.