Kesilapan yang ramai orang buat bila memilih warna logo untuk produk ialah memilih warna mengikut warna kegemaran sendiri!
Salah tuuu 😭
Ada orang minat sangat dengan warna hitam, sampai bila buat produk pun semua benda warna hitam. Logo hitam. Sticker hitam. Semua hitam.
Salah macam tu, sebab korang kena tahu setiap warna yang ada di muka bumi ni ada maksud yang tersendiri tau. Walaupun nampak simple tapi tetap memberi impak sedikit sebanyak. Tahu tak, benda pertama yang orang akan nampak dekat produk kita ialah warna?
Jadi memilih warna yang sesuai untuk produk anda adalah sangat penting untuk pastikan produk anda mudah untuk dikenali oleh orang ramai.
Nak tahu warna beserta maksud yang sesuai untuk dipilih sebagai warna logo produk anda? Baca sampai habis ⬇️
Warna merah melambangkan semangat yang agresif, kehangatan, bahaya, atau pencerobohan.
Warna ini biasanya akan memberi aura yang lebih tegas berbanding warna lain, bukan tu je berdasarkan kajian menunjukkan warna merah juga boleh merangsang selera makan.
Sebab tu kebiasannya warna merah ini digunakan pada produk makanan atau di restoran.
Oren membawa aura yang lebih positif, warna yang lebih nyaman dan ceria. Warna oren bermaksud inovasi dan pemikiran yang moden.
Iainya juga membawa kepada keseronokan dan kemampuan.
Kuning warna yang membawa aura dan maksud yang positif dan negative. Perlu lebih berhati – hati dalam pemilihan warna ini.
Warna kuning membawa beberapa maksud negatif seperti tanda amaran. Contoh sign board di jalan raya, lampu isyarat dan lain lain.
Iainya juga membawa beberapa maksud positif seperti mesra, dan juga mampu meransang selera makan.
Warna hijau lebih merujuk kepada alam semula jadi, biasanya syarikat akan guna warna ni untuk unsur2 semula jadi seperti makanan organik dan vegeterian.
Tau syarikat akan relate kan antara pertumbuhan dan kesegaran yang popular dengan produk kewangan yang berkaitan.
Warna yang biasa digunakan dalam syarikat koporat atau profesionalisme.
Sebab iainya melambangkan berfikiran serius, integriti, keikhkasan, tenang, kuasa serta kejayaan. Malah dalam kerajaan sendiri pun banyak menggunakan warna ini untuk logo tertentu.
Warna ini melambangkan kekayaan, dan seangkatan dengannya seperti kemewahan, kebijaksanaan serta maruah.
Warna yang sangat popular dan banyak digunakan di syarikat Malaysia malah luar negara. Seperti Coca cola yang menggunakan warna putih pada produk mereka, di setiap tin dan menambah warna merah pada latar belakang putih.
Penting untuk kita kenal pasti dulu warna teras yang nak digunakan pada setiap produk yang bakal kita keluarkan.
Sebab kajian telah dijalankan untuk menentukan nilai sesuatu warna yang memberi kesan pada minda seorang manusia.
Malah kajian juga telah membuktikan setiap warna dan maksudnya sebenarnya mampu memberi kesan dan menyebabkan manusia memberi reaksi tertentu.
Mahu menjadi pembaca pertama bagi artikel-artikel Kerabat Digital setiap hari?