KUALA LUMPUR, 2025:
Selepas kejayaan besar Program TikTok Beg Kuning Anjuran Kerabat Digital pada November 2024, kini Cikgu Dzulfaqar Hashim melangkah setapak lagi apabila dijemput secara rasmi oleh Avon Malaysia HQ untuk mengendalikan kelas khas “Corporate TikTok Training” selama satu hari penuh di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Program eksklusif ini menjadi bukti jelas bahawa strategi TikTok bukan sahaja relevan untuk usahawan kecil dan peniaga online, malah kini mula diterima dan diaplikasikan oleh syarikat korporat besar seperti Avon, sebuah jenama antarabangsa yang sudah lama bertapak kukuh di Malaysia.

Avon Malaysia Pilih Kerabat Digital Untuk Latihan TikTok Korporat
Sesi ini diadakan di Kuala Lumpur Malaysia, melibatkan hampir 300 wakil jualan dan pengurus jualan dari pelbagai bahagian termasuk pemasaran, jualan, dan bahagian digital.
Matlamat utama mereka jelas iaitu mahu belajar TikTok Marketing dengan pendekatan praktikal, bukan sekadar teori.
Menurut wakil Avon, mereka telah meneliti beberapa trainer digital sebelum akhirnya memilih Kerabat Digital Sdn. Bhd., diketuai oleh Cikgu Dzulfaqar Hashim, yang terkenal dengan pendekatan realistik dan proven melalui Program TikTok Beg Kuning Anjuran Kerabat Digital.
“Kami lihat Cikgu Dzul bukan sekadar mengajar teknik buat video. Tapi beliau faham cara fikir bisnes, cara tarik prospek, dan cara ubah video biasa jadi alat jualan. Itu yang kami nak untuk team Avon,” kata salah seorang pengurus latihan Avon Malaysia.

Kelas TikTok Marketing Malaysia Dari Asas Hingga Strategi GMV Max
Sepanjang sesi sehari penuh, Cikgu Dzulfaqar Hashim berkongsi strategi dan pendekatan yang digunakan dalam TikTok GMV Max, termasuk:
- Fahami Algoritma TikTok 2025 – bagaimana video dipaparkan di FYP dan cara bina konsistensi view tanpa bergantung pada nasib.
- Content Strategy untuk Korporat – cara buat video profesional tetapi tetap engaging dan sesuai dengan imej syarikat.
- Formula FBP™ (FYP → Business → Promote) – strategi content funnel ciptaan Kerabat Digital yang bantu tingkatkan trust dan jualan.
- Hands-On Session – setiap peserta diberi tugasan rakam, edit, dan post video TikTok sebenar menggunakan guideline GMV Max Ads.
Suasana kelas penuh interaksi, dengan peserta aktif bertanya dan mencuba teknik yang diajar. Ramai peserta teruja apabila menyedari bahawa “TikTok bukan sekadar hiburan, tapi alat branding dan sales paling berkuasa untuk tahun 2025.”




Reaksi Peserta: “Baru Kami Faham TikTok Untuk Dunia Direct Selling”
Ramai peserta mengakui sebelum ini mereka melihat TikTok hanya sesuai untuk content creator muda atau peniaga kecil, namun sesi ini membuka perspektif baharu bahawa platform tersebut juga mampu mengukuhkan brand presence.
“Selama ni kami takut nak buat video sebab risau nampak kaku. Tapi lepas kelas ni, kami nampak cara sebenar nak hasilkan video TikTok UGC yang tetap fun tapi masih jaga imej jenama,” kata salah seorang peserta dari bahagian wakil jualan Avon Malaysia.
Kerabat Digital Kini Dibuka Untuk Sesi Corporate Training & In-House Workshop
Selepas kejayaan bersama Avon Malaysia HQ, Kerabat Digital Sdn. Bhd. kini membuka peluang kepada agensi kerajaan, koperasi, GLC, dan syarikat swasta untuk menjemput Cikgu Dzulfaqar Hashim dan team Kerabat Digital mengendalikan sesi latihan TikTok Marketing korporat (Corporate Training) di seluruh negara.
Latihan ini sesuai untuk organisasi yang ingin:
✅ Melatih staf agar lebih mahir menggunakan TikTok untuk branding & pemasaran.
✅ Membangunkan content rasmi syarikat dengan strategi GMV Max Ads.
✅ Mengubah staf biasa menjadi brand ambassador digital.
✅ Meningkatkan reach dan engagement tanpa kos iklan besar.
Tentang Kerabat Digital Sdn. Bhd.
Kerabat Digital Sdn. Bhd. (202010143361 / 1399682-H) ialah syarikat latihan digital Malaysia yang terkenal dengan program Program TikTok Beg Kuning Anjuran Kerabat Digital satu gerakan pembelajaran yang telah membantu ribuan usahawan dan content creator memahami dunia TikTok GMV Max Ads secara praktikal.
Diterajui oleh Cikgu Dzulfaqar Hashim, Kerabat Digital kini berkembang menjadi antara penyedia kelas TikTok Marketing Malaysia paling aktif dan berpengaruh, dengan program jelajah di seluruh negara serta kolaborasi dengan jenama besar dan agensi korporat.
Untuk jemputan rasmi Corporate Training atau In-House Workshop TikTok, boleh hubungi:
🌐 www.kerabat.digital
📧 dzul@kerabat.digital
📞 +6016 6666 054
