Kerabat Digital Sdn Bhd

Avon Malaysia Kini di TikTok!

Avon Malaysia Dah Masuk TikTok! 🎉

avon malaysia & kerabat digital

Kelana Jaya, Febuari 2025 – Kalau sebut Avon, mesti ada yang teringat katalog tebal penuh dengan produk mekap, skincare, dan minyak wangi. Dulu-dulu, mak-mak kita siap jadi agen Avon, jual dari rumah ke rumah. Tapi sekarang, zaman dah berubah! Avon masih wujud dan makin aktif—dan yang paling menarik, mereka dah rasmi masuk ke TikTok! 

Dari Katalog ke TikTok – Avon Pun Ikut Trend!

Avon bukan lagi sekadar jualan dari rumah ke rumah. Sekarang, mereka dah mula masuk ke dunia digital, dan TikTok jadi salah satu platform utama mereka. Dengan TikTok, mereka boleh tarik lebih ramai pelanggan, terutama generasi muda yang memang suka content pendek dan engaging.

Tapi, tak semua orang biasa dengan TikTok, kan? Jadi, macam mana nak buat video yang best dan boleh tarik perhatian orang?

Kerabat Digital & Sesi Training TikTok Bersama Avon

Nak tak nak, kalau nak bisnes jalan, kena ikut trend. Sebab tu Avon jemput Kerabat Digital untuk buat sesi training TikTok khas untuk team mereka di Setia Alam.

🎯 Apa yang diajar?
✅ Cara buat video TikTok yang menarik dan mesra algoritma
✅ Teknik mudah untuk naikkan engagement & tarik pelanggan
✅ Strategi pemasaran TikTok yang boleh bantu tingkatkan jualan

Lebih 150 orang wakil resellers Avon turun padang untuk belajar cara guna TikTok dengan betul. Memang meriah, semua bersemangat nak jadi pro TikTok lepas ni!

Lepas Ni Ramai Wakil Avon Akan Aktif di TikTok!

Dengan ilmu yang dah dapat, jangan terkejut kalau lepas ni FYP TikTok anda penuh dengan video Avon. Nak beli produk Avon? Boleh terus DM reseller yang aktif di TikTok!


Nak Kami Bantu Syarikat Anda Masuk TikTok Jugak?

Kalau syarikat anda pun nak belajar cara guna TikTok untuk marketing, Kerabat Digital boleh tolong! Jemput kami untuk buat sesi training khas. Hubungi kami di Kerabat Digital untuk tahu lebih lanjut. 🚀

 

avon malaysia & kerabat digital
avon malaysia & kerabat digital
avon malaysia & kerabat digital

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *