Cikgu Dzulfaqar Hashim Dijemput ke RISING STAR AWARD 2025 Anjuran Choco Albab, 3,000 Usahawan Penuhi BACC Bangi

BANGI, SELANGOR – 5 JULAI 2025:
Suasana luar biasa di Ballroom BACC Bangi apabila lebih 3,000 usahawan Choco Albab memenuhi dewan bagi menghadiri RISING STAR AWARD 2025, sebuah majlis tahunan anjuran jenama coklat terkenal Malaysia, Choco Albab.

Dalam majlis penuh gilang-gemilang ini, pihak penganjur menjemput khas Cikgu Dzulfaqar Hashim, pengasas Kerabat Digital Sdn. Bhd., untuk mengendalikan slot eksklusif selama 3 jam bertemakan “TikTok GMV Max: Rahsia Jualan Meletup Tahun 2025” menjadikan program ini bukan sekadar majlis penghargaan, tetapi juga medan ilmu buat para usahawan.

Usahawan Choco Albab Himpun di BACC Cikgu Dzulfaqar Hashim Kongsi Rahsia TikTok GMV Max Bersama Kerabat Digital 4 Kerabat Digital Sdn Bhd

RISING STAR AWARD 2025 Gabungan Inspirasi dan Ilmu Digital

Acara megah ini diadakan di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) dan menghimpunkan ribuan agen, stokis serta usahawan Choco Albab dari seluruh Malaysia.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengasas Choco Albab, Tuan Said Saiful Fazli Said Aluwi, serta mentor perniagaan beliau, Yang Berbahagia Datuk Zafrol Rizal Mat, yang lebih dikenali sebagai Datuk Jerry.

Menariknya, tahun ini pihak Choco Albab menambah nilai dengan menjemput Cikgu Dzulfaqar Hashim dan pasukan Kerabat Digital untuk memberikan sesi pembelajaran intensif mengenai TikTok Marketing dan strategi GMV Max kepada seluruh komuniti usahawan mereka.


Slot Kerabat Digital: 3 Jam Bersama Cikgu Dzulfaqar Hashim

Sepanjang slot 3 jam penuh, Cikgu Dzul berkongsi secara eksklusif strategi sebenar TikTok GMV Max, pendekatan yang telah membantu ramai usahawan tempatan meningkatkan jualan dengan pantas melalui TikTok.

Antara topik utama yang dibawakan termasuk:

  1. Bagaimana GMV Max Berfungsi dalam Ekosistem TikTok
  2. Strategi Content Funnel (FYP → Business → Promote)
  3. Cara Buat Video yang Jual Tanpa Nampak Menjual
  4. Teknik Boost GMV Secara Konsisten
  5. Blueprint TikTok 2025 untuk Usahawan dan Stokis

Walaupun sesi berlangsung panjang, suasana di ballroom kekal bertenaga — dengan peserta aktif bertanya, mencatat, dan memberi tepukan gemuruh setiap kali insight baharu dikongsikan.

“Terkejut saya bila tengok ballroom penuh sampai ke belakang. 3,000 usahawan hadir semuanya fokus, semangat dan hauskan ilmu. Ini bukti bahawa komuniti Choco Albab sangat bersedia untuk bawa bisnes mereka ke level seterusnya,” ujar Cikgu Dzulfaqar Hashim sejurus tamat sesi perkongsian.


Ucapan Penghargaan Kepada Pengasas & Mentor Choco Albab

Dalam ucapan penutup, Cikgu Dzulfaqar Hashim turut menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan Choco Albab, khususnya kepada Pengasas Tuan Said Saiful Fazli Said Aluwi dan mentor beliau, Datuk Zafrol Rizal Mat (Datuk Jerry) atas jemputan serta keyakinan mereka terhadap Kerabat Digital Sdn. Bhd.

“Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Tuan Said Saiful Fazli dan Datuk Jerry. Mereka bukan sekadar bina jenama coklat, tapi bina komuniti usahawan yang bersatu dan bersemangat tinggi. Semangat inilah yang akan bawa Choco Albab terus jadi kebanggaan Malaysia,” kata Cikgu Dzulfaqar Hashim.


Kelas TikTok Marketing Malaysia, Dari Founder Ke Komuniti Stokis & Reseller

Kejayaan sesi ini membuka mata banyak pihak bahawa kelas TikTok Marketing Malaysia bukan hanya relevan untuk founder individu, tetapi juga sesuai untuk syarikat besar yang mempunyai rangkaian ejen, stokis dan reseller.

Melalui pendekatan Corporate Training oleh Kerabat Digital, setiap program direka khas mengikut keperluan organisasi. Fokus bukan sekadar buat video, tetapi membina sistem pemasaran yang konsisten, mampu menjana jualan dan menambah nilai kepada komuniti jenama.


Kerabat Digital Kini Dibuka Untuk Jemputan Korporat & Komuniti Ejen

Susulan kejayaan bersama Choco Albab, Kerabat Digital Sdn. Bhd. kini dibuka untuk jemputan mengajar TikTok Marketing bagi organisasi, koperasi, dan jenama yang mempunyai komuniti ejen atau stokis di seluruh Malaysia.

Program ini sesuai untuk:
✅ Komuniti stokis & reseller yang nak kuasai strategi TikTok GMV Max.
✅ Syarikat yang mahu adakan kelas “in-house” atau training khas untuk team.
✅ Founder jenama yang nak bimbing agen mereka bina personal branding & content jualan.


Tentang Kerabat Digital Sdn. Bhd.

Kerabat Digital Sdn. Bhd. (202010143361 / 1399682-H) ialah syarikat latihan digital berpangkalan di Highpark Suites, Kelana Jaya, Selangor.
Diterajui oleh Cikgu Dzulfaqar Hashim, syarikat ini terkenal dengan Program TikTok Beg Kuning Anjuran Kerabat Digital, sebuah inisiatif latihan TikTok terbesar di Malaysia yang melahirkan ribuan usahawan dan content creator berjaya.

Dengan pengalaman luas dalam dunia pemasaran digital dan pendekatan TikTok GMV Max Ads, Kerabat Digital kini menjadi rakan latihan pilihan bagi banyak syarikat korporat dan jenama besar.

Untuk jemputan rasmi Corporate Training / Program TikTok untuk ejen & stokis, boleh hubungi:
🌐 www.kerabat.digital
📧 dzul@kerabat.digital
📞 +6016 6666 054

Scroll to Top