
Ramai peniaga tak sedar, setiap kali ada orang klik, like, komen, share, atau sekadar tekan butang “See More” dekat iklan kita sama ada iklan berbayar atau pun organik, sebenarnya mereka semua dah masuk kolam audience kita.
Ya, Facebook secara automatik akan kumpulkan data prospek yang engage dengan content kita. Nama rasmi dia, kita panggil sebagai custom audience. Tapi kami suka panggil dia “kolam”.
Kenapa penting sangat tahu pasal kolam ni?
Kolam ni bukan kolam biasa, ni kolam prospek panas.
Sesiapa sahaja yang engage dengan iklan kita, mereka dah tunjukkan minat, walaupun cuma sikit. Kalau tak berminat, mereka takkan klik pun, betul tak?
Dan minat sekecil zarah tu lah yang kita nak sasar semula. Kita panggil proses ni retargeting.
Retargeting: Masa Untuk “Saka” Kita Bekerja
Bila kita dah ada kolam ni, jangan biar mereka sejuk. Inilah masanya kita “lepaskan saka”. Biar iklan kita kejar mereka ke mana-mana pun mereka pergi dalam Facebook atau Instagram.
Sebab realitinya:
Orang jarang buat keputusan lepas tengok satu iklan.
Menurut data, prospek kena nampak iklan kita lebih dari 6 kali sebelum mereka buat keputusan untuk beli, daftar, atau hubungi kita. Maka semakin kerap mereka nampak, semakin tinggi peluang mereka akan bertindak.
Iklan Pertama: Tarik Minat
Iklan Kedua & Seterusnya: Follow-Up & Yakinkan
Inilah fungsi iklan retargeting. Kita follow-up orang yang dah ada dalam kolam. Bukan nak ‘pushy’, tapi nak bantu mereka buat keputusan.
Nak ajak mereka klik balik? Tunjukkan testimoni.
Nak yakinkan mereka? Bagi value atau tips.
Nak bagi dorongan akhir? Letakkan urgency contohnya offer tamat, stok hampir habis, atau slot terhad.
Jangan Biarkan Kolam Kosong
Setiap klik tu berharga.
Setiap prospek yang masuk kolam adalah peluang.
Dan retargeting lah cara paling tepat untuk tukarkan mereka kepada pembeli sebenar.
Kalau tuan puan nak belajar strategi penuh macam mana nak susun content, bina kolam, dan setting iklan retargeting yang betul,
Kerabat Digital sedia bantu melalui kelas & seminar yang kami jalankan sepanjang tahun.
Hubungi team kami untuk info lanjut 💜
