Kak Zaidah Sertai Personal Coaching Bersama Cikgu Dzulfaqar Hashim, Fokus Mantapkan TikTok GMV Max Ads
KELANA JAYA, SELANGOR – 13 November 2025 – Jenama yang kini meningkat naik di TikTok, Kak Zaidah, kini melangkah setapak lagi dalam dunia pemasaran digital selepas menjalani sesi Personal Coaching bersama Cikgu Dzulfaqar Hashim di bawah bimbingan Kerabat Digital.
Sesi yang berlangsung selama sehari ini memberi fokus kepada strategi TikTok GMV Max Ads, satu kaedah pengiklanan lanjutan yang terbukti berkesan membantu jenama meningkatkan jualan dan kadar parcel harian.
objektif utama coaching ini adalah untuk membantu jenama Kak Zaidah mengoptimumkan kempen TikTok mereka agar lebih sistematik dan scalable.
“Jenama Kak Zaidah dah kukuh di TikTok. Sekarang matlamatnya nak naikkan jumlah penghantaran dari 2,000 parcel sehari kepada lebih 3,000 parcel. Dengan pendekatan TikTok GMV Max Ads yang betul, insya-Allah sasaran itu boleh dicapai.”
Fokus Utama Personal Coaching
Dalam sesi Personal Coaching bersama Cikgu Dzulfaqar Hashim ini, peserta bukan sahaja didedahkan kepada teori tetapi juga hands-on setting iklan sebenar. Antara topik utama yang disentuh termasuk:
Strategi kempen berdasarkan data prestasi TikTok.
Kaedah optimasi GMV (Gross Merchandise Value).
Strategi konten berkesan.
Kak Zaidah Bawa Pasukan Sendiri untuk Latihan Intensif
Apa yang menarik, pengasas jenama Kak Zaidah turut hadir bersama seluruh pasukan pemasaran mereka. Sesi coaching ini memberi peluang kepada mereka memahami struktur iklan secara menyeluruh — daripada strategi kreatif, bajet, hingga ke analisis data selepas iklan berjalan.
Kehadiran penuh tenaga dan semangat daripada team Kak Zaidah menunjukkan komitmen tinggi mereka untuk terus berkembang dan menjadi jenama Bumiputera yang berdaya saing di platform TikTok.
Kerabat Digital: Pusat Latihan & Strategi Digital Bumiputera
Sebagai agensi pemasaran digital yang aktif melatih ribuan usahawan, Kerabat Digital terus menjadi peneraju dalam memperkenalkan pendekatan iklan moden seperti TikTok GMV Max Ads.
Melalui sesi seperti Personal Coaching bersama Cikgu Dzulfaqar Hashim, ramai pemilik jenama kini mampu memahami cara sebenar untuk memaksimumkan potensi jualan tanpa membazir bajet iklan.
No Caption
No Caption
No Caption
No Caption
No Caption
Personal Coaching Kak Zaidah GMV Max
Langkah Baru Untuk Lonjakan Jualan
Program Personal Coaching bersama Cikgu Dzulfaqar Hashim membuka peluang besar kepada jenama tempatan seperti Kak Zaidah untuk memperkukuh strategi pemasaran digital mereka. Dengan penerapan pendekatan TikTok GMV Max Ads, jenama ini kini dalam fasa pelaksanaan strategi baharu bagi mencapai sasaran peningkatan jualan dan penguasaan pasaran yang lebih luas di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai sesi coaching dan program latihan lain anjuran Kerabat Digital, layari laman rasmi kerabat.digital atau ikuti kemas kini terkini di media sosial kami.
Tentang Kerabat Digital Sdn. Bhd.
Kerabat Digital Sdn. Bhd. (202010143361 / 1399682-H) ialah syarikat latihan digital berpangkalan di Highpark Suites, Kelana Jaya, Selangor. Diterajui oleh Cikgu Dzulfaqar Hashim, syarikat ini terkenal dengan Program TikTok Beg Kuning Anjuran Kerabat Digital, sebuah inisiatif latihan TikTok terbesar di Malaysia yang melahirkan ribuan usahawan dan content creator berjaya.
Dengan pengalaman luas dalam dunia pemasaran digital dan pendekatan TikTok GMV Max Ads, Kerabat Digital kini menjadi rakan latihan pilihan bagi banyak syarikat korporat dan jenama besar.