Kerabat Digital Sdn Bhd

"Duduk Rumah Pun Duit Masuk" - Ini Idea Bisnes Dari Rumah Paling Menguntungkan

Facebook
Twitter
LinkedIn

Apa sebab korang nak mula buat bisnes dari rumah?

Kebanyakkan dari kita mula buat bisnes dari rumah adalah untuk menghadapi pelbagai isu ekonomi yang tidak stabil hari ini.

Ya betul, bukan semua orang mampu nak bina bisnes sendiri. Bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi usahawan. Tetapi semua orang perlu berfikir seperti seorang usahawan, iaitu gunakan skill dan potensi diri korang untuk cuba buat duit dari rumah.

Data di Malaysia menunjukkan semakin ramai orang memilih untuk buat 2 kerja dalam masa satu hari untuk tambah sumber pendapatan iaitu part time.

Nak mula buat bisnes dari rumah ni tak perlu tunggu ada modal, tak perlu tunggu ada pekerja baru boleh buat. Korang boleh je start terus dengan zero cost. 

Mulakan dengan apa yang ada dalam tangan, jangan takut, sebab proses nak selesa dengan kerjaya ini ambil masa bukannya sekejap..

Lepas dah selesa nanti barulah korang boleh buat keputusan nak buat duit dari rumah melalui menjual atau menawarkan servis kepakaran.

Ini Idea Bisnes Dari Rumah Yang Telah Berjaya Dilakukan Ramai Rakyat Malaysia

1. Jual Produk (Dropshipper)

bisnes dari rumah

Korang ada berpuluh ribu pilihan produk untuk dijual, tak kesah jenama apa pun, siapa punya produk sekalipun, korang boleh guna untuk mula berjualan. 

Dropship ni adalah kita menjual produk dari sebuah brand pada harga kita sendiri, bila pelanggan buat pembayaran pada kita, lepastu baru lah kita akan beli produk itu dari brand tersebut pada harga asal iaitu harga lebih rendah.

Margin keuntungan dari jual produk itu dikira sebagai untung untuk anda (dropshipper)

Tapi jangan pula korang buat secara haram atau tanpa pengetahuan brand tersebut. Daftar dulu sebagai agent dropship untuk brand tersebut.

Nak daftar agent dropship ni biasanya tak perlu keluarkan modal yang tinggi pun, malah ada yang tak perlu keluarkan duit langsung untuk mendaftar!

Jadi dropship seronok, sebab korang tak perlu nak simpan stok brand asal tersebut yang akan uruskan semuanya, takyah pening kepala takyah nak semakkan rumah dengan kotak 🤣

Nanti bila dah dapat keuntungan dari jadi dropship boleh guna modal untuk naik sikit jadi agent level lain. Kenapa?

Sebab komisyen untuk dropshipper ni tak tinggi mana.. sebab tu kerjanya memang lebih murah berbanding yang lain. Tapi ia atas diri masing2 juga 😉

2. Ada Kepakaran? Try Buat Servis

bisnes dari rumah zoom Kerabat Digital Sdn Bhd

Korang boleh cuba tawarkan khidmat servis mengikut skill dan kepakaran untuk buat duit online dari rumah. Cara ni terhad untuk kepakaran yang bersesuaian sahaja.

Khidmat servis ni ada kebaikan dan keburukan, iaitu dengan khidmat servis ni kos korang akan lebih murah daripada menjual produk.

TAPI

Khidmat servis ni juga memerlukan masa dan tenaga yang lebih banyak berbanding korang menjual produk. Malah iainya lebih memenatkan sebab korang akan bekerja dengan manusia.

3. Penulis Digital

bisnes dari rumah

Korang ada kemahiran menulis? dulu kecik kecik selalu dapat markah tinggi bila buat karangan? Kerja ni mungkin sesuai dengan korang.

Penulis digital atau copywriters ni adalah orang yang akan menulis content di blog, website, social medai dan banyak lagi yang lain.

Servis ni biasanya di cari oleh kebanyakkan syarikat di Malaysia. Malah data menunjukkan demand pada servis ni sekarang memang sedang meningkat lajunya.

Untuk permulaan mungkin korang takkan di bayar dengan harga yang tinggi sebab nama dan brand korang belum dikenali. 

Jadi susun strategi dengan sebaiknya, buat portfolio untuk setiap projek yang korang dah buat dan promosikan diri sendiri di setiap social media untuk meningkatkan branding nama korang.

Bila nama dan brand korang dah ditahap dikenali, waktu tu bayaran untuk satu servis boleh menjana sehingga RM1,000 – RM10,000 sebulan hasil daripada menulis.

4. Servis Buat Design

bisnes rumah cikgu dzul Kerabat Digital Sdn Bhd

Sekarang ni banyak apps design yang user friendly dan tak complicated untuk newbie yang baru nak belajar design, senang faham dan senang nak kuasai.

Korang boleh belajar guna apps design yang mudah digunakan untuk buat khidmat servis design kepada usahawan yang baru nak berniaga, atau syarikat yang memerlukan khidmat ini.

Servis ini mudah tapi sangat in demand di Malaysia. Lebih – lebih lagi pada syarikat SME yang baru berniaga dan kekurangan pekerja.

Kalau dah advance sikit nanti boleh upgrade servis seperti slide deck projek atau servis design dan posting untuk social media mereka.

5. Content Creator

bisnes dari rumah live Kerabat Digital Sdn Bhd

Zaman sekarang srs dah ramai orang jadi full time content creator di rumah, tak kira usia muda atau tua mesti ada.

Bayaran untuk content creator ni berbeza mengikut platform social media. Dan cara jana pendapatan pun berbeza mengikut platform.

Paling femes, geng content creator ni suka buat duit di Tiktok

Content creator akan buat content mengikut niche yang dipilih, dan content tersebut ada dalam pelabagai bentuk seperti awareness, hiburan, inpirasi, educate, dan lain2 demi mencuri minat dan perhatian audiens mereka.

Mereka juga akan buat Live Streaming seperti bermain game, atau live untuk berkongsi ilmu dan sebagainya untuk jana pendapatan melalui Gift dan lain2.

Bila dah jadi content creator ni, source untuk jana pendapatan tu sangatla meluas, korang boleh buat video untuk promote dan letak bag kuning atau boleh juga buat live sambil letak bag kuning. Atau boleh juga jadi paid review untuk produk lain. Sangat meluas.

Kesimpulan

Ini adalah 5 idea kerja yang menjadi pilihan saya. Ingat kalau baca je tak cukup.. pastikan korang ambil tindakan lepas ni.

Buat lah kerja apa pun, kerja yang takde dalam list di atas ni pun takpe, asalkan kerja tu korang suka dan minat untuk mula bisnes di rumah.

Nak Tambah Skill Dan Kepakaran?

Saya ada sediakan panduan khas untuk belajar buat website sales page sendiri. Panduan ni ajar daripada zero sampai siap website sales page beserta payment gateway.

Lepas mahir skill ni, boleh cuba promote servis untuk buat website/sales page/ dan lain lain. Panduan ni di ajar sendiri oleh Cikgu Dzul

Klik link untuk info lebih lanjut: https://cikgudzul.com/ecomkit/