Free QR Code Generator

Tukar link kepada QR Code, Percuma! Disediakan oleh Kerabat Digital.

Free QR Code Generator ini memudahkan anda mencipta QR Code untuk pautan, teks, borang, WhatsApp dan pelbagai kegunaan bisnes. Prosesnya pantas dan percuma sepenuhnya melalui platform rasmi Kerabat Digital.

Apa Itu Free QR Code Generator Kerabat Digital

Free QR Code Generator pada kerabat.digital ialah alat atas talian yang membolehkan pengguna menukar URL atau teks kepada QR Code resolusi tinggi. Kod yang dijana boleh terus digunakan untuk print, produk, packaging atau marketing digital.

Kelebihan Guna Free QR Code Generator Kerabat Digital

1. Percuma Tanpa Had

Tiada kos, tiada login. Terus jana QR Code seberapa banyak yang anda perlukan. Kami percaya pada perkongsian teknologi percuma untuk komuniti, dan Kerabat Digital komited untuk menyediakan lebih banyak perisian percuma.

2. Kualiti Imej Tinggi

QR Code dijana dalam format PNG beresolusi tinggi. Ini membantu pengimbasan lebih stabil walaupun dicetak kecil pada bahan promosi bisnes anda.

3. Sesuai Untuk Bisnes Malaysia

PKS, peniaga kecil, pengajar, event organiser atau sesiapa saja boleh hasilkan QR Code tanpa proses rumit. Mulakan strategi marketing anda hari ini dengan bantuan Servis Kerabat Digital yang lain.

Cara Guna Free QR Code Generator (3 Langkah Mudah)

  1. Masukkan URL atau teks dalam kotak input di atas.
  2. Tekan butang 'Generate QR Code'.
  3. Muat turun fail PNG yang sudah siap sedia untuk digunakan.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah Free QR Code Generator ini betul-betul percuma?

Ya, anda boleh guna Free QR Code Generator tanpa bayaran.

Bolehkah digunakan untuk tujuan bisnes dan komersial?

Ya, QR Code boleh digunakan untuk marketing, label produk, POSM, kiosk atau apa saja kegunaan perniagaan.

Format apa yang akan diterima?

Output dalam PNG dengan ruang border putih yang optimum untuk scanner.