Pada 29 Oktober 2024, bertempat di Cyberjaya, Kerabat Digital telah berjaya menganjurkan Kerabat Masterclass Facebook Chapter – satu sesi intensif yang memberi fokus kepada strategi Meta Ads. Kelas ini dihadiri oleh usahawan-usahawan yang serius mahu scale bisnes mereka ke tahap seterusnya.
Kelas ini dimulakan dengan penerangan menyeluruh tentang Facebook Ads – bagaimana iklan ini boleh dimaksimumkan untuk menjana jualan besar. Cikgu Dzulfaqar Hashim, trainer utama, berkongsi teknik-teknik advance dan proven yang telah berjaya membantu ramai founder capai jualan 6 hingga 7 angka.
Salah satu aspek paling penting yang dibincangkan dalam Kerabat Masterclass adalah kepentingan content dalam iklan Facebook. Seperti yang dijelaskan oleh Cikgu Dzulfaqar Hashim, iklan yang gagal bukan disebabkan platform atau bajet semata-mata, tetapi disebabkan oleh content yang tidak relevan dan tidak mampu menarik perhatian prospek.
Content selling yang berkesan haruslah mampu engage dengan prospek serta membuat mereka rasa ingin tahu lebih lanjut mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam kelas ini, peserta diajar untuk menghasilkan content yang boleh membuat prospek merasa terlibat, melalui storytelling, penekanan pada masalah prospek, serta menyampaikan penyelesaian yang relevan.
Selain itu, retargeting menjadi topik hangat dalam perbincangan. Retargeting merupakan satu strategi di mana iklan disasarkan kepada individu yang pernah menunjukkan minat atau berinteraksi dengan produk, tetapi belum membuat pembelian. Dalam Kerabat Masterclass, peserta diberikan panduan langkah demi langkah bagaimana untuk menyusun retargeting campaign yang mampu mengubah prospek menjadi pembeli.
Salah satu teknik unik yang diajar dalam kelas ini adalah Run Ads Hantu, sebuah teknik follow-up rahsia kepada prospek yang telah klik iklan tetapi belum membuat pembelian. Ramai usahawan tidak sedar bahawa kebanyakan prospek yang berminat dengan produk mereka sebenarnya hanya memerlukan sedikit lagi dorongan untuk membuat keputusan membeli.
Dengan teknik ini, Cikgu Dzulfaqar Hashim menekankan kepentingan untuk terus engage dengan prospek melalui iklan susulan yang lebih spesifik, memaparkan tawaran yang lebih menarik seperti diskaun masa terhad, bundle deal, atau testimoni pengguna. Teknik ini membolehkan prospek yang tergantung tadi diubah menjadi pelanggan yang akhirnya membuat pembelian.
Selain dari content dan retargeting, kelas ini juga menumpukan pada pengurusan pangkalan data pelanggan. Mengurus pangkalan data dengan baik adalah kunci kepada peningkatan jualan berterusan. Di dalam sesi ini, peserta diajar bagaimana untuk mengumpul dan menyusun data pelanggan secara sistematik, serta menggunakannya untuk kempen pemasaran semula (remarketing).
Peserta juga diberi pendedahan tentang bagaimana untuk menggunakan data pelanggan bagi menjejak tingkah laku pembelian, mengenal pasti pelanggan yang berpotensi untuk pembelian ulang, dan bagaimana menggunakan teknik upsell serta cross-sell yang berkesan.
Apa yang membezakan Kerabat Masterclass dari kelas-kelas lain ialah pendekatan hybrid yang digunakan. Peserta bukan sahaja menerima ilmu teori semasa sesi kelas fizikal, tetapi juga mendapat coaching online dan support personal selepas kelas. Dengan adanya sesi group coaching dan 1-on-1 coaching, peserta dapat menerapkan apa yang telah dipelajari dan mendapatkan bimbingan lanjut untuk memastikan strategi mereka berkesan.
Rakaman kelas turut disediakan untuk semua peserta, membolehkan mereka mengulangkaji pelajaran pada bila-bila masa. Ini memastikan pembelajaran mereka tidak terhenti selepas kelas tamat, tetapi berterusan sehingga mereka mahir dalam menjalankan Facebook Ads mereka sendiri.
1. Sesi Praktikal Hands-On
Masterclass ini bukan sekadar ceramah, peserta turut terlibat dalam sesi practical hands-on di mana mereka diberi peluang untuk setup iklan Meta Ads sendiri. Dengan bimbingan langsung dari Cikgu Dzulfaqar Hashim dan team Kerabat Digital, setiap peserta dapat mempraktikkan apa yang dipelajari secara langsung.
2. Sesi QnA
Antara highlight utama adalah sesi ini adalah peserta bertanyakan soalan spesifik berkaitan cabaran iklan mereka. Banyak usahawan yang hadir meluahkan rasa teruja apabila berjaya menyelesaikan masalah iklan yang mereka hadapi selama ini.
3. Bonus-Bonus Eksklusif
Setiap peserta juga mendapat pelbagai bonus tambahan seperti rakaman penuh kelas, kelas edit video Capcut dan video panduan Meta Ads. Ini memberi mereka peluang untuk ulang belajar dan memperbaiki kemahiran yang dipelajari bila-bila masa.
Kerabat Masterclass Facebook Chapter telah berjaya membuktikan bahawa dengan teknik yang betul, Meta Ads mampu menjadi senjata ampuh untuk menjana jualan besar. Peserta bukan sahaja belajar cara untuk membuat iklan yang lebih berkesan, malah mereka juga mendapat ilmu berharga untuk mengoptimumkan retargeting dan database marketing.
Bagi yang terlepas peluang untuk sertai kelas kali ini, nantikan masterclass seterusnya dari Kerabat Digital. Jangan lepaskan peluang untuk belajar terus dari Cikgu Dzulfaqar Hashim, pakar dalam digital marketing yang telah membantu ramai usahawan mencapai kejayaan luar biasa.
Hubungi consultant Kerabat Digital untuk dapatkan info terkini tentang Kerabat Digital boleh klik link whatsapp di bawah
KLIK SINI
Sebelum habis, jom kita tengok video recap sepanjang program ini berlangsung.
Mahu menjadi pembaca pertama bagi artikel-artikel Kerabat Digital setiap hari?