Seminar TikTok Beg Kuning 2025 Menjadi Tumpuan hampir 500 Pendaftaran Usahawan di Kuala Lumpur.

Pada 23 November 2025 Ahad, Banquet Hall di Residensi UTMKL menjadi lokasi bagi penganjuran Seminar TikTok Beg Kuning, sebuah seminar fizikal intensif yang menghimpunkan usahawan TikTok. Program bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang dan memberi fokus kepada strategi pemasaran TikTok Beg Kuning yang relevan bagi tahun 2025.

Seminar ini bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan dalam menghasilkan content yang berimpak tinggi, meningkatkan sales melalui LIVE serta menguasai teknik pemasaran TikTok terkini.

Perkongsian Istimewa Dari Artis Tanah Air

Seminar TikTok Beg Kuning kali ini mendapat perhatian istimewa apabila dua artis Malaysia hadir memberikan perkongsian antaranya adalah Datuk Rosyam Nor & Irma Hasmie

Kehadiran kedua dua artis ini memberikan inspirasi kepada para peserta seminar dan menyemarakkan lagi suasana seminar tersebut.

Empat Modul Utama Yang Disampaikan Oleh Cikgu Dzul dalam Seminar TikTok Ads Beg Kuning

Seminar TikTok Beg Kuning memberi tumpuan kepada empat modul utama yang disampaikan oleh Cikgu Dzul sebagai penceramah utama.

1. Teknik Penghasilan Content GMV Max dan Content Branding

Peserta didedahkan kepada teknik penghasilan content yang mampu meningkatkan jenama serta mencipta kesan emosi yang mendorong tindakan pembelian. Modul ini menekankan struktur content, teknik hook dan cara menampilkan ciri unik produk.

2. Kaedah Meningkatkan GMV Semasa Live TikTok

Modul ini memberi panduan mengenai cara meningkatkan sales semasa sesi LIVE TikTok. Teknik merancang sesi, mencipta momentum, mengurus interaksi penonton dan bagaimana melakukan jualan dijelaskan dengan terperinci.

3. Strategi Game Affiliates Untuk Menjana Pendapatan Era Baharu

Peserta diajar cara membina rangkaian affiliate dalam platform TikTok yang boleh memperluas capaian dan meningkatkan jualan tanpa perlu meningkatkan kos pengiklanan.

4. Teknik Melajukan Jualan Menggunakan GMV Max Ads 2025

Modul terakhir memberi fokus kepada penggunaan GMV Max Ads versi 2025. Peserta didedahkan kepada struktur kempen, pemilihan audiens, pemantauan prestasi serta langkah mengatasi isu pengiklanan.

Penyertaan Usahawan Yang Sangat Menggalakkan

Kehadiran usahawan ini membuktikan bahawa Seminar TikTok Beg Kuning merupakan salah satu program rujukan utama untuk mereka yang mahu meningkatkan jualan dan memahami strategi pemasaran TikTok dengan lebih mendalam. Suasana seminar berlangsung dengan penuh interaksi dan ramai peserta memberikan maklum balas positif terhadap sesi pembelajaran sepanjang hari tersebut.


Perancangan Jelajah Seluruh Malaysia

Melihat kepada sambutan yang sangat menggalakkan, kami merancang untuk membawa Seminar TikTok Beg Kuning menjelajah ke seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Usaha ini bertujuan memperluas akses ilmu pemasaran TikTok kepada lebih ramai usahawan di seluruh negara.

Tentang Kerabat Digital Sdn. Bhd.

Kerabat Digital Sdn. Bhd. (202010143361 / 1399682-H) ialah syarikat latihan digital berpangkalan di Highpark Suites, Kelana Jaya, Selangor.
Diterajui oleh Cikgu Dzulfaqar Hashim, syarikat ini terkenal dengan Program TikTok Beg Kuning Anjuran Kerabat Digital, sebuah inisiatif latihan TikTok terbesar di Malaysia yang melahirkan ribuan usahawan dan content creator berjaya.

Untuk jemputan rasmi Corporate Training / Program TikTok untuk ejen & stokis, boleh hubungi:
🌐 www.kerabat.digital
📞 +6016 6666 054

Scroll to Top