KUBANG KERIAN, KELANTAN – 25 OKTOBER 2025:
Program Seminar TikTok Beg Kuning Anjuran Kerabat Digital mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya memenuhi keseluruhan kapasiti dewan seramai 150 peserta, menjadikan ia antara seminar pemasaran digital paling hangat di pantai timur tahun ini.
Dianjurkan oleh Kerabat Digital Sdn. Bhd. dan diterajui oleh Cikgu Dzulfaqar Hashim, seminar ini menggabungkan elemen pembelajaran, inspirasi dan strategi praktikal berkenaan TikTok GMV Max Ads – formula pemasaran baharu yang kini menjadi perhatian ramai usahawan dan content creator di Malaysia.

Seminar TikTok Beg Kuning: Teknik Boost GMV Era Baru
Program ini berlangsung di Dewan Seminar Kijo.My, Wisma Zara Business Centre, Kubang Kerian, dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Walaupun tiket dijual dengan harga serendah RM30 seorang dan RM40 untuk tiket combo dua orang, sambutan yang diterima amat luar biasa — tiket habis dijual hanya dalam masa beberapa hari selepas dibuka di laman rasmi kdigital.bcl.my/event/tiktok-beg-kuning.
Menurut Cikgu Dzulfaqar Hashim, objektif utama seminar ini adalah untuk bantu lebih ramai usahawan memahami cara sebenar menggunakan GMV Max Ads di TikTok bagi melajukan jualan, membina brand dan mengembangkan bisnes tanpa bergantung pada nasib atau trend semata-mata.
“Ramai orang fikir nak viral dulu baru boleh jual. Tapi dalam dunia sebenar, jualan datang dulu, awareness datang kemudian. Inilah strategi sebenar yang kami ajar dalam Seminar TikTok Beg Kuning – terus jual kepada strangers, bukan tunggu popular baru nak mula,” jelas Cikgu Dzulfaqar Hashim semasa sesi pembukaan seminar.

Antara Topik Hangat Sepanjang Seminar
Peserta yang hadir terdiri daripada founder produk TikTok, TikTok Affiliates, TikTok Seller, staff marketing, serta individu yang baru mula belajar TikTok Marketing. Antara topik utama yang dikupas termasuk:
- Teknik Buat Content GMV Max & Content Branding
- Push GMV Masa Live Supaya Ramai Membeli
- Game Affiliates – Tentera Buat Duit Era Baru
- Lajukan Sales Guna GMV Max Ads 2025
Setiap peserta yang kekal hingga penghujung seminar turut menerima pelbagai bonus eksklusif seperti akses ke Telegram Group Q&A TikTok GMV Max, template set hiring live host, skrip 7 langkah TikTok Live Power, dan e-Sijil digital rasmi.
Peserta Tak Pulang — “Energi Seminar Luar Biasa”
Apa yang membezakan Seminar TikTok Beg Kuning Anjuran Kerabat Digital daripada seminar lain ialah suasana interaktif dan penuh tenaga. Ramai peserta dilihat tidak berganjak walaupun sesi sudah berakhir, malah ramai mengambil peluang bergambar bersama pasukan Kerabat Digital dan Cikgu Dzulfaqar Hashim sebagai tanda penghargaan.
“Saya tak sangka, sampai ke petang semua orang masih kekal dalam dewan. Tak ada siapa keluar. Itu tanda seminar ni bukan sekadar penuh, tapi betul-betul ‘ONZ’,” ujar salah seorang ahli team Kerabat Digital yang terlibat dalam pengurusan acara.










Kerabat Digital Akan Jelajah Seluruh Malaysia
Susulan kejayaan luar biasa di Kelantan, Kerabat Digital Sdn. Bhd. kini merancang untuk menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia bagi menganjurkan siri jelajah Seminar TikTok Beg Kuning seterusnya. Negeri yang dijangka menjadi destinasi berikut termasuk Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.
“Ini baru permulaan. Kita akan bawa Seminar TikTok Beg Kuning ke setiap negeri supaya lebih ramai usahawan boleh kuasai strategi TikTok GMV Max Ads, dan ubah cara mereka buat pemasaran,” kata Cikgu Dzulfaqar Hashim dalam ucapan penutup.

Tentang Kerabat Digital Sdn. Bhd.
Kerabat Digital Sdn. Bhd. (202010143361 / 1399682-H) ialah syarikat latihan pemasaran digital yang berpangkalan di Highpark Suites, Kelana Jaya, Selangor.
Syarikat ini diketuai oleh Cikgu Dzulfaqar Hashim, pakar strategi TikTok Marketing dan GMV Max Ads yang terkenal dengan pendekatan “Conversion First” — strategi menjual sebelum branding, yang kini digunakan oleh ribuan usahawan seluruh negara.
Maklumat lanjut tentang seminar dan program latihan Kerabat Digital boleh didapati di laman rasmi:
🌐 www.kerabat.digital
📧 dzul@kerabat.digital
📞 +6016 6666 054
