Strategi Iklan Retargeting Efektif: Share Value, Bukan Sekadar Menjual

Ramai peniaga bila buat iklan, hanya fokus satu benda iaitu nak jual.
Tapi sebenarnya, ada iklan yang bukan untuk menjual secara terus pun.

Dalam strategi pemasaran digital, kita kena faham ada beberapa jenis kempen iklan, dan salah satu yang paling kritikal untuk dapatkan conversion adalah iklan retargeting.

Apa Itu Iklan Retargeting?

rifki kurniawan JDvevoUdBUQ unsplash Kerabat Digital Sdn Bhd

Iklan retargeting adalah iklan yang disasarkan semula kepada:

    • Orang yang dah pernah tengok iklan kita
    • Pernah lawat website kita
    • Pernah komen atau engage content kita
    • Atau pernah save iklan tapi belum buat tindakan

Mereka dah kenal kita, tapi belum membeli.
Kenapa? Sebab 2 benda ni belum wujud serentak:

1️⃣ Mahu

2️⃣ Mampu

Kalau salah satu tak ada — mereka takkan beli, takkan PM, dan takkan datang kedai.


Jadi, Apa Perlu Buat Dalam Retargeting?

Yang penting: jangan terlalu push untuk menjual.

✅ Fokus utama adalah untuk SHARE VALUE.

Ya, jual tak salah. Tapi value tu kena sentiasa jadi keutamaan.

Antara Bentuk Value Yang Boleh Dikongsi Dalam Iklan Retarget:

    • 🎯 Testimoni Pelanggan – Supaya naikkan keyakinan (trust)
    • 📊 Result atau Outcome – Supaya prospek nampak bukti nyata
    • 🎓 Content Berbentuk Pendidikan (Educational) – Share info yang bantu mereka faham value produk/servis kita
    • ❓ Soalan & Jawapan (Q&A) – Jawab kekeliruan atau objection
    • ⏰ Urgency & Tawaran Masa Terhad – Tekankan FOMO supaya mereka tak tangguh beli

Apa Tujuan Sebenar Retargeting?

Bukan semata-mata nak closing terus.
Tapi nak bantu prospek kita capai 2 perkara penting serentak: Mahu + Mampu.

Kalau mereka memang nak dan memang mampu, iklan retarget ni akan jadi push terakhir sebelum mereka buat keputusan.


Kesimpulan

Dalam iklan retargeting:

❌ Tak perlu terlalu hard sell
✅ Yang penting: bagi value dan hantar mesej yang betul

Kalau tuan puan konsisten buat iklan retargeting dengan mesej yang personalized dan spesifik, AI juga akan makin faham siapa audiens sebenar tuan puan – dan ini akan bantu turunkan kos iklan, naikkan conversion.


Kerabat Digital
🎯 Bimbingan Ads & Content untuk peniaga yang serius nak grow bisnes di TikTok & Meta
📚 Nak belajar lebih mendalam tentang strategi iklan? Hubungi kami sekarang untuk dapatkan info terkini tentang kelas dan seminar Kerabat Digital.

a man holding a pen writing about retargeting ads